PENGEDAR SHAKLEE BERDAFTAR YANG INGIN MEMBANTU SEMUA HIDUP SIHAT

PENGEDAR SHAKLEE BERDAFTAR YANG INGIN MEMBANTU SEMUA HIDUP SIHAT

Monday, 27 March 2017

Tips Travel Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum semua.. kalau korang sampai kt post ni Tahniahhh!! SILA PUJI DIRI SENDIRI.kenapaa? Kerana korang adalah ibubapa yang tak sanggup tinggal anakanak dirumah terkontangkanting sementara korang berseronok2 diluar sana. Kekeke..over nau ayatnya. Hehe. Tapi gitula,tak tercapai dek akal oi nak tinggal anak,pastu kite duk p seronok2 plak kan. Hehe ni penyakit makmak sangat. Kite ni nak g kluar rumah sidai baju ponn duk fikir anak ok ke tak tinggal dalam rumah. Siapa rasa dia ade sindrom overattached macm kite ni sile angkat tgn. Hehe. Takpeee jangan tinggal anak anda,meh kite kongsi tips nak travel ngan anak2 cinonets ni. Tapii korang kene la sesuaikan dengan situasi msing2 ok. Budak2 ni mcm2 peel,jadi mommies kene pandai handle situation jangan menggelabah. 😁😁

Tips pertama
MAKE SURE ANAK ANDA SELESA

Naik aeroplane ke kereta ke traain ke. Wajib pastikan anakanak selesa,tambah2 kalau travel for long distance. Pastikan anakanak dah bersih, maksudnya pampers dah tukar, baju tak panas atau sejuk, tempat duduk selesa dan perut tak lapar. Penting ok kalau korang nak rase aman damai sepanjang perjalanan. 😂😂  Karang tak pasal2 anak buat konsert haru biruuu haa😁

Tips kedua
SESUAIKAN ITINERARY MENGIKUT KEMAMPUAN ANAK

Dah sampai tempat yang nak dituju? Ok sekarang checkin hotel. Jangan terus nak g shopping kaa berjalan kaa. Bagi anak masa rehat dulu. Orang tua pun sakit badan dudukk lama kan? Budak2 pun sama la cume depa tak reti nak habaq. Bagi diorang bertenangg dulu,bg tidur dulu ke, mandikan dulu ke. Lepastu baruu sambung aktiviti seterusnya.

Lagi satu, rancang perjalanan tu,ikut kemampuan anak. Maksudnya? Katelaa korang ada anak 3 4 tahun,jangan pulak korang beria-ia nak g mendaki gunung. Tak sesuai okeee tak sesuaii. Mampuu kee anak2 tu, jangan duk layan sangat angin korang nak g selfie atas puncak gunung tu,eleehh ingat taktaw la tuu,bukan nk tengok sangat keindahan alamm kan, nak update kt media sosial je lebih kekekeke

Tips Ketiga
KEMUDAHAN AWAM SENTIASA BERDEKATAN
Pastikan sepanjang perjalanan,korang dah list out tempat makan, ataupun tempat yang ada kemudahan awam macam toilet. Sebabnya, kalau dah namanya budak, kejap2 nk kencing,kejap2 nak poopooo. Kalau pakai pampers pun still korang kene amik tahu. Buatnya anak pooopooo mampuu kee nak hadapp kikikii

OKKK, itu jelah tips yang mak terfikir skrg ni..hope dpt membantu. Lain anak lain ragam. Anak 3 4 pun banyak lagi kene blajar 💪💪💪

Blanje gambar iman masa holiday kat korea sikit.mase ni takde adik lg. Tapi boleh tahan pening hehe



Thank youu for reading this entry!


No comments:

Post a Comment