PENGEDAR SHAKLEE BERDAFTAR YANG INGIN MEMBANTU SEMUA HIDUP SIHAT

PENGEDAR SHAKLEE BERDAFTAR YANG INGIN MEMBANTU SEMUA HIDUP SIHAT

Thursday, 18 May 2017

Halal Ke Shaklee Ni?


Assalamualaikum semua. Lama tak bersiaran. Apa khabar? Harini nak update sikkkitt je pasal isu Halal Shaklee. Sebab ade few customer yang datang tanya, betul ke Shaklee ni tak Halal? Betul ke tak boleh makan Shaklee ni? Ni jawapannya bagi awak-awak yang masih confuse lagi tu. Jangan risau, nak cerita jugak sikit,sebelum kite start meniaga online ni, dulu kerja kite deal dengan orang-orang JAKIM ni la. QA EXECUTIVE cum Halal Officer kat dua company yang femes jugaklaa.Kalau kite sebut je nama company ni korang mesti taw punyee hehe JENG3.. So, tahula jugak sikit selok-belok on how nak dapatkan sijil Halal ni. Yang paling penting nak bagitaw, tak senang ye nak dapatkan sijil Halal, even kalau dah dapat pun, ade expiry date, everytime dah expired, kene go thru inspection dari JAKIM. Yang paling best, JAKIM TAK PERNAH BAGITAHU kalau nak datang. NEVER okay? Bile dah submit form nak renew atau nak mintak sijil halal for new products, mula lah tak lena tidur,makan tak kenyang, sebabnye depa sukaa buat alaa-ala SURPRISEEEE! Ha, sebab tu la susah, tetibe je baru nak start bergosip ngan akak ofis, eh jap Nina, ade call.

                   


"Hello. Cik Nina ke? Kami dari JAKIM, kami dah sampai depan ofis ni"
GULPPP
Nampak ke nampak,ingat senang nak ngelat? Sebab tu kita kata, Yakin lah, JAKIM bukan buat kerja aci lepas je taw, sangat detail,even lampu kat stor rosak pun depa keluarkan surat amaran.
eh panjang pulak membebel, cuma nak cakap dan nak make sure semua orang faham dan yakin. Sebab kite sendiri dah pernah terlibat dalam hal-hal gini, makanya mestilah kite sendiri yang makan ni cek dan dah yakin dulu baru berani nak consume betul tak?

Untuk yang tak tahu, proses nye lebih kurang sama, bagi Certified Bodies Luar Negara, pun lebih kurang proses, ataupun lebih kompleks dan complicated lagi. So janganla sesenang nak remehkan dan label ikut suka je taw. Telinga ni mendengar, nak percaya dengan bijak atau melulu je tu pilihan kita. 

Opssss,ok tadi cakap sikit je kann nak membebel, kekekeke. Okayyy harap semua dah clear benda ni. Kalau tak yakin jugak, boleh ke laman web JAKIM sendiri dan cari list Badan Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. 

ok dah yakin? Mehla beli Shaklee ngan kite muahhhhh hehehhe 







Former Halal Executive
Shaklee Independant Distributor

NINA FARHANA
PENGEDAR SHAKLEE SAH SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI
POS KE SELURUH MALAYSIA

Wednesday, 3 May 2017

Set Kehamilan Lengkap Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaa. Tadi kite ada explain detail pasal Set Basic/Asas Kehamilan Shaklee kan? Kalau ada yang asas, maksudnya ada yang Extra betul tak?? :) So post kali ni, kita nak cerita ataupun explain lebih lagi pasal Set Kehamilan yang Shaklee provide. Basically tiga item yang terkandung dalam set asas masih sama, cuma ada beberapa item lagi ditambah. Kenapa? Mestilah untuk dapatkan kesan yang lebih optimum dan memastikan kesihatan ibu-ibu mengandung berada pada tahap yang  lebih optimum, betul tak? Untuk keterangan berkenaan set Basic/Asas boleh refer SINI 

Jadi sebagai tambahan pada tiga item asas diatas, ada tiga lagi item tambahan yang diperlukan oleh ibu mengandung,

  •  ESP(Energizing Soy Protein)  Refer SINI untuk maklumat lanjut berkenaan ESP. Secara ringkasnya ESP ni sumber tenaga segera dan kekal lama. Kenapa dia tahan lama? Sebenarnya sumber makanan yang berasaskan protein lebih lambat diproses oleh badan kerana sumber yang berasaskan karbohidrat dahulu yang akan digunakan untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi, protein dalam ESP ni akan diproses apabila karbohidrat sudah habis digunakan. Sebab tulah bila kite consume anything yang berasaskan protein kita akan rasa kenyang lebih lama. So sangatlah sesuai ESP ni diamalkan oleh ibu mengandung,selain cepat penat, ibu mengandung pun perlukan tenaga tambahan betul tak? Pssssttt bonus nyaaa kalau korang ni jenis yang cepat sangat gain weight masa preggy,  ESP ni boleh bantu. Kang kalau berat naik mendadak risau jadi GDM (kencing manis masa mengandung) pulak ye tak?? DAAAAAANN yang palingg penting? Protein ni pun bantu kulit kekal sihat dan improve skin condition :)


  • Omega Guard ni sebenarnya minyak ikan. Korang mesti pernah dengar pasal Omega 3 Omega 6 , DHA macam-macam lagi lah dalam iklan ye dok. DHA dalam Omega Guard ni sangat membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA ni nutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina. Pentingnya untuk ibu-ibu mengandung, fasa third trimester merupakan fasa penting untuk perkembangan otak janin. Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun dengan bersifat anti-radang.

  • Ostematrix adalah sumber kalsium unggul yang sangat penting bagi ibu-ibu mengandung. pernah tak rasa sakit-sakit badan? Tulang ade bunyi-bunyi? tu tanda-tanda badan kite kekurangan Kalsium. Selain Kalsium, Ostematrix pun dilengkapi dengan mineral dan vitamin lain jugak. Dan yang paling best bila consume Ostematrix, sistem pelawasan pun akan improve taw. Orang preggy dan sembelit memang susah nk dipisahkan betul tak?  






Rasanya korang mesti dah terpengaruh kannn? hehehe Ok kalau rase  nak tahu lagi, boleh jeee terus contact kite ok??

Hubungi 017-9050763 untuk order dan konsultasi percuma.

Nina Farhana
Pengedar Shaklee Sah Salak Tinggi, Sepang, Kota Warisan dan Nilai
Pos ke Seluruh Malaysia

Set Kehamilan Asas Shaklee


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak menyinggah kat blog sendiri. ish ishhh sawang tak payah cakap lah ..satt na nak kemas skit..kekekeke.. oklah kalau ade makyong makyong yang tengah duk fikir-fikir supplemen ape laaa yang best yang boleh buat awak kekal sihat bertenaga sepanjang kehamilan dan tak lemah longlai gemalai, meh kite nak share sikit pasal ape yang Shaklee ade untuk bantu awak 😊😊😊😊😊 . Harini kite nak share set-set yang ade dan ape kebaikan setiap vitamin ni untuk awak dan semestinya baby comell dalam peyut tu hiks. 

First, kite ade Basic Set untuk preggy mommies. Kalau rase macam ish nak makan supplemen, tapi bajet belum lagi boleh beli fullset. takpeee takpee, we'll figure it out together okey? jangan risau, tu kenapa berkerut-kerut tu? takmaw la gitu nanti baby pun duk berkerut-kerut kat dalam hehe.. ehhh okayy. Pertama sekali kite nak kenalkan atau pun tak payah kenalkan pun  korang dah tahu. 

  • Vitamin B-Complex :Mengandungi Asid Folik yang penting untuk perkembangan otak dan tulang belakang bayi. Kalau awak perasan lepas dah pregnant, pergi KK untuk bukak buku, lepastu klinik akan bekalkan asid folik, selalunya untuk minggu-minggu awal kehamilan je, sebab masa ni lah kritikal time untuk baby mula bini saraf-saraf tulang belakang dan mase ni jugaklah otak baby dah mula terbentuk. Kenapa kene pilih makan Shaklee daripada ubat yang KK bekalkan. Sebab selain Asid Folik, ia dilengkapi dengan 8 Jenis Vitamin B jugak. Selain tu, Vitamin B jugak boleh bantu kurangkan atau kawal tahap tekanan/stress. haa siapa yang selalu mood swing tu digalakkan sangat untuk ambik Vitamin B ni. Untuk info lebih lanjut pasal Vitamin B Complex Shaklee refer SINI

  • Item Kedua dalam Set Kehamilan Asas Shaklee adalah Vitalea. Secara ringkasnya Vitaleani tablet Multimineral dan Multivitamin. Dalam satu tablet ni sahaja awak akan dapati banyak jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Yang paling penting, ia akan bekalkan tenaga dan jadikan kita sentiasa cergas dan tak cepat penat. Dan untuk ibu mengandung secara khususnya, dalam Vitalea ada zat besi. Zat Besi lah yang akan membantu pembinaan sel darah merah atau Hbyang selalu kite duk g check every month tu. Zat Besi dalam Vitalea akan bantu pembinaan sel darah merah yang baru yang lebih sihat. Untuk maklumat lanjut lagi berkenaan Vitalea boleh rujuk SINI

  • Last but not least, item terakhir iaitu Sustained Release Vitamin C. Kepentingannya secara ringkas adalah untuk boost imun badan ibu sebab bila kite mengandung, tahap imun badan kita secara automatiknya akan menjadi rendah dan kite senang untuk dijangkiti penyakit. Jadi ikhtiar untuk boost semula imun badan amatlah perlu. Selain tu, Vitamin C memang terkenal kerana boleh membantu membaikpulih kulit. So takdelah orang nak tegur kenapa muka kusam tak bermaya jeee kan? hehe . Maklumat lanjut untuk Vitamin C Shaklee boleh refer SINI



Okkkayyy panjang lebar kite terangkan taw, awak dah tertidur ke tu? hehehe. Ape pun, untuk awak yang tengah scroll post ni, kite doakan urusan awak dipermudahkan sepanjang kehamilan, semasa kelahiran dan semasa berpantang. Nanti kite bagitaw set untuk berpantang pulak taw taw tawww. Tunggguuuu.. :)

Whatsapp 017-9050763 for purchase and FREE consultation

Regards
Nina Farhana
Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Kota Warisan dan Nilai
Postage ke SELURUH MALAYSIA