Saturday, 21 October 2017

Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum. Kalau sebut pasal kerja sambilan di rumah, dalam kepala automatik kaitkan dengan kaum wanita, betul kan? Boleh dikatakan konsep surirumah zaman dahulu dan zaman sekarang sangat berbeza.

Lazimnya apabila kita sebut kerja sambilan di rumah, ia membawa maksud pekerjaan lain yang dilakukan selain kerja tetap. Contohnya pada siang hari mereka bekerja mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan pada malamnya melakukan kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan.

sumber : Google


Tetapi dengan perkembangan pantas dunia teknologi di hujung jari sekarang, pekerjaan sambilan yang dilakukan dari rumah bukan sahaja dapat menjadi sumber pendapatan sampingan, malah ada yang menjadikannya sebagai punca pendapatan utama.

Jangan terkejut jika kebanyakan mereka terdiri daripada golongan wanita samada yang bekerja mahu pun yang bergelar surirumah. Selain mengisi masa lapang dirumah, surirumah masa kini mempunyai kesedaran untuk cuba menambah pendapatan keluarga, sama ada untuk membantu suami, ataupun hanya untuk suka-suka. Jadi saya nak ulas sikit fenomena terkini ini dari sudut pandangan saya.

Jadi, kerja sambilan apa yang boleh saya buat? Itu soalan pertama yang bermain dalam kepala betul tak? Sebelum mula anda perlu tahu beberapa perkara.


1. KENALI PRODUK YANG INGIN DIJUAL SECARA MENDALAM

sumber : Google


Samada anda adalah dropshipper, ejan atau pun pengasas kepada jenama anda sendiri, amatlah penting untuk anda mengenali dan memahami produk yang ingin anda pasarkan. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.  Kebanyakan mereka hanya menggunakan medium atas talian sebagai cara mempromosikan barangan yang dijual. Contoh platform yang banyak digunakan adalah Facebook, Instagram dan tidak ketinggalan juga melalui blog.

Dropship : Anda hanya perlu melakukan kerja-kerja promosi, mengambil pesanan, menerima bayaran, dan proses pengeposan atau penghantaran akan dihantar oleh pihak stokis atau ejen. Anda tidak perlu mengeluarkan modal walaupun satu sen. Lazimnya pihak stokis akan menetapkan harga yang tetap bagi semua dropshipper, dan terpulang kepada mereka untuk meletakkan harga akhir pada produk tersebut. Dari sinilah mereka mendapat keuntungan.

Ejen/Stokis : Anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk mengadakan simpanan stok. Seterusnya terpulang jika anda ingin melakukan proses pemasaran sendiri atau anda boleh mencari dropshipper untuk melakukannya bagi pihak anda.

Jangan menyesal di kemudian hari jika tersalah memilih!

Jika anda berminat untuk mengetahui cara dan perkara asas untuk menjadikan blog anda sebagai sumber pendapatan sampingan, anda boleh rujuk kepada Blog Pakar SEO Tempatan. Beliau ada menganjurkan Cabaran SEO WCB bagi mereka yang berminat untuk menjadikan blog anda dikenali, hadiah yang ditawarkan adalah lumayan!


2. JADIKAN MINAT SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN

Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi love what you do, and you will never have to work for the rest of your life. Sebagai contoh, pengalaman dari orang terdekat dengan saya, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan. Daripada seorang surirumah, beliau menghabiskan masa untuk belajar dan mendalami ilmu dalam bidang masakan pastri dan sebagainya. Daripada menghasilkan kek yang ringkas dan dijual kepada jiran-jiran, beliau sekarang mampu membuka perniagaan bakeri dan kek sendiri. Hebat kan? Jika kita mempunyai minat yang mendalam pada sesuatu benda, kita pasti akan rasa seronok dan tidak terbeban untuk melakukan yang terbaik.


3. JANGAN BERHENTI DI TENGAH JALAN

Bila anda mula menceburkan diri dalam kerja sambilan ini, anda perlu kenalpasti sebab utama kenapa anda putuskan untuk melakukannya. Jadikan ini sebagai penggerak ataupun motivasi anda untuk terus berusaha. Jika ada kesusahan yang dihadapi jangan cepat mengalah dan terus mencuba sehingga berjaya. Jangan hangat-hangat taik ayam kata orang tua!



Jadi, apakah kerja sambilan di rumah yang boleh anda cuba?

Seperti yang saya sebutkan di atas, anda boleh bermula sebagai dropshipper atau ejen untuk sesuatu produk kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar dan pulangan ditentukan berdasarkan usaha keras anda sendiri.

Jika anda ada kemahiran asas seperti menjahit, memasak dan lain-lain, mungkin anda boleh cuba memasarkan produk dan kepakaran anda kepada jira-jiran tetangga, mana tahu produk anda berpotensi untuk dikomersialkan? Lihat saja contoh surirumah yang berjaya meraih pendapatan sehingga RM 10, 000 sebulan dengan memasarkan pes-pes masakan homemade. Bermula dari permintaan dari jiran-jiran, pengasas produk ini melangkah lebih jauh dan mampu ke peringkat antarabangsa. KISAH KEJAYAAN PENGUSAHA PES MEE BANDUNG :




Jika anda ada kepakaran dalam bidang IT atau teknologi, mungkin anda boleh mengambil kerja-kerja yang berkaitan seperti menyediakan khidmat membina website, atau membaikpulih perkakas elektronik dan juga perkhidmatan merekabentuk bahan-bahan marketing seperti business card, banner, flyers dan lain-lain lagi. Semua kerja-kerja ini boleh dilakukan dirumah dan tentulah harga yang dikenakan lebih berpatutan. 


sumber : Google

Selain itu, jika anda mempunyai kepakaran dalam bahasa asing, mungkin kerja sambilan sebagai penterjemah adalah sesuai untuk anda. Bayaran yang dikenakan boleh dikatakan lumayan!



Akhir sekali, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan seperti Tutor, atau Kelas Tambahan dirumah. Terdapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan khidmat private-tutor bagi anak-anak yang masih dibangku persekolahan. 

sumber : Google

Banyak saluran yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerja sambilan antaranya 


atau



Sekian perkongsian dari saya, moga membawa manfaat kepada anda. Semoga berjumpa lagi di posting akan datang.


Tuesday, 17 October 2017

Petua Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Hari ni nak share sikit berkenaan jerawat. Kira sambungan daripada entry lepas jugakla. Penting taw petua hilangkan jerawat ni terutamanya untuk yang ada masalah kulit senang dihinggapi oleh Miss J ini. Petua hilangkan jerawat ni mungkin kesannya berbeza pada setiap individu, jadi bolehlah try and error dan tengok mana yang sesuai dengan kulit kite sendiri.

Sumber:Google

Antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya. Amalkan 3 kali seminggu, sapukan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat dan biarkan sehingga kering. Ade yang tak suke bau lidah buaya dan teksturnya yang melekit-lekit tapi khasiatnya memang banyak. Kalau tak takkan lah orang Korea buat produk 99% pakai lidah buaya ni kan. Bukan untuk luka-luka je, untuk masalah jerawat pun insyaAllah berkesan.

Sumber:Google

Kedua, gunakan baking soda. Haa ye baking soda yang guna buat kek gebu-gebu tuuu. Ambik sikit, campur air sampai jadi macam pes, tampal pada bahagian berjerawat.

Sumber:Google

Ketiga, putih telur. Haa elok sangat tadi dah guna baking soda sekarang campur dengan putih telur, jap lagi tinggal masuk oven je tingggggg! hehe. Bukan setakat jerawat tapi siapa yang ada masalah whitehead yang degil tu boleh jugak cuba gunakan putih telur ni. Macam mask gitu tapi mohon bertabah dan sabar dengan haruman asli dari telur itu huhuhuu.

Sumber:Google

Keempat, campuran sesudu yogurt dan sesudu madu. Sapukan pada bahagian berjerawat dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih.

Perlu diingatkan, cara mencuci muka juga mempengaruhi keadaan kulit. Tips bila basuh muka yang terbaik adalah belai macam kite belai anak kite yang berkulit gebu itu. Jangan tenyeh bagai nak rak no no noo.

Sumber:Google

Akhir sekali. kurangkan stress. Stress pun boleh jadi salah satu punca jerawat suka hinggap. Bila stress hormon pun tunggang-terbalik, makanya makin galak lah ia bermaharajalela. Gunalah prinsip Be Happy, No Worries dan Big Girls Don't Cry. Ehhhh haha. Kalau stress cuba cari cara untuk lepaskan instead of pendam macam gunung berapi, bila dia meledakkk haa habis binasa. Heehe. Eh yelah dah start melalut, ok thank you for readinggg.
Nak dapatkan set Shaklee untuk kulit sihat gebu gebas mulus  tanpa cela boleh whatsapp kite ok

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI

Monday, 16 October 2017

Jenis Jerawat Dan Tips Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum,selamat sejahtera semua. Disebabkan selalu jugaklah dapat pertanyaan vitamin apa sesuai untuk masalah jerawat semua kan. Jerawat ni banyak jenis taw,nak cerita jugaklah sikit pasal jenis jerawat dan tips nak hilangkan jerawat. Dulu masa umur belas-belas kite pernah and selaluu sangat naik jerawat kat muka ade satu masa tu punya banyak especially kat dahi,huih, rase berparut jugaklah walaupun mild aje parutnya. Fobia rase. Korang pun mesti pernah rasa kan? Rase insecure,segan,rendah diri, nak-nak time keluar jerawat tu pulak la ade presentation semua,rase nak pakai topeng aje.Orang kate tengah galak gatal sangat kikiki. Sebenarnya jerawat ni bukan tumbuh kat muka je, tempat yang ada potensi nak naik macam bahu,belakang badan, dada. Aish kadang pelik dan lawak kan, bile dengar orang kate jerawat kat belakang badan hihi.

Sebenarnya jerawat ni terbahagi pada dua jenis iaitu jenis yang mengakibatkan keradangan dan tidak mengakibatkan keradangan.

NON-INFLAMATORY (TIDAK MENGAKIBATKAN KERADANGAN)

Contoh bagi jerawat jenis ni adalah blackhead dan whitehead.
  • Blackhead ni disebabkan oleh pengumpulan atau clogged minyak (sebum) dan kulit mati. Pori yang tersumbat ni terbukak sebab tula nampak hitam-hitam. 
  • Whitehead pun disebabkan oleh sebum dan kulit mati,bezanya pori yang tersumbat tu tertutup semula, sebab tu kite nampak putih-putih dan benjolan kecik. Whitehead lebih susah nak dihilangkan sebab pori dah tertutup. 
INFLAMATORY (MENGAKIBATKAN KERADANGAN
Selalunya disebabkan oleh bakteria. 

  • Jerawat pasir(papules). Saiznya kecil,nampak kemerahan dan timbul di permukaan kulit. Terasa sakit apabila disentuh.
  • Jerawat batu(pustules). Saiznya lebih besar, tumbuh pada permukaan kulit, bengkak dan terasa sakit apabila disentuh. Selalunya meninggalkan kesan parut kalau selalu usik
  • Nodules. Tumbuh didalam kulit. Disebabkan bakteria dan pengumpulan kulit mati. 
  • Cyst. Juga tumbuh dibawah kulit, tetapi lebih dalam berbanding nodules. Mengakibatkan keradangan yang teruk
  • Nodules dan cyst selalunya tidak boleh dirawat dengan cara biasa, perlu berjumpa dengan dermatician untuk mendapatkan penyelesaian.
Sumber: Google

TIPS HILANGKAN JERAWAT
Selain menggunakan ubat-ubatan atau pencuci muka yang terdapat dipasaran, terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan semulajadi yang senang didapati. Mesti ade punya kat rumah kan. 
  • Kunyit. Hancurkan/lumatkan kunyit, tampal pada tempat yang dinaiki jerawat,biarkan semalaman,insyaAllah akan hilang
  • Ubat gigi. Tampal pada tempat yang ditumbuhi jerawat, insyaAllah jerawat akan kecut dengan cepat
  • Madu. Tampal pada jerawat dan biarkan semalaman. 
  • Kulit kayu manis. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk kemudian tampal pada bahagian ditumbuhi jerawat. InsyaAllah akan membantu kecutkan jerawat dengan cepat.
  • Ais. Tekap ais pada jerawat untuk kurangkan kesakitan dan sekaligus membantu mengecutkan jerawat. Tips ini juga boleh digunakan untuk mengecutkan liang pori.
Cara paling senang yang kite amalkan adalah dengan ambil sebiji Vitamin C Shaklee setiap hari,jerawat memang segan nak tumbuh,parut yang lama mula hilang, muka makin moist,rasa kulit makin sihat. Kalau jerawat keluar, cepat-cepat buat mask guna Vitamin C. 😍

Tu jelah kut daripada pembacaan dan pengalaman sendiri hehe.
Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact kite taw.

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI