Posts

Showing posts from October, 2017

Senarai Pelepasan Cukai 2017

Image
Assalamualaikum, harini saya nak kongsi sikit berkenaan senarai pelepasan cukai 2017. Ramai yang tak tahu ataupun mungkin tak didedahkan tentang cara nak kurangkan cukai tahunan yang nak dibayar. Atau lebih bagus, anda mungkin dapat rebate semula wang anda! Nak akhir tahun ni baru nak google search semua kan? Takpeee better late than never,elok kalau, anda mula ambil tahu takdelah bila sampai masa terkial-kial kannn. Jom kita tengok senarai pelepasan cukai yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini.


Antara caranya adalah dengan cara menyimpan resit atau bukti pembelian setiap kali urusniaga berkenaan dijalankan.

1) Gaya Hidup. Pembelian seperti buku, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan dan langganan internet pun boleh tolak tax, terhad sehingga RM 2500 je. Jadi next time beli buku untuk anak-anak,diri sendiri, atau sesiapa sahaja, simpan resit tu untuk kegunaan ni.

2) Belanja Kesihatan. Belanja untuk kos perubatan pun boleh tolak tax maksimum rm6000. Tapi cuma penyakit yang suk…

Cara Daftar Ahli Shaklee Yang Mudah

Image
Assalamualaikum, hari ini saya akan ulang semula tentang cara daftar ahli Shaklee yang mudah. Kenapa saya katakan mudah? Kerana anda tidak perlu keluar dari rumah pun, hanya perlu sebuah telefon pintar atau pun sebuah komputer mudah alih. Kenapa anda perlu tahu cara daftar ahli Shaklee?


Sekiranya anda adalah pengguna yang sudah lama menggunakan produk Shaklee tetapi tidak mendaftar sebagai ahli, anda sebenarnya rugi.

Jika anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat potongan sehingga 25 % daripada harga runcit yang ditawarkan oleh peniaga Shaklee.

Selain mendapat potongan harga, anda akan dapat menikmati cash rebate ataupun pulangan wang semula jika anda membelanjakan lebih daripada amaun yang ditetapkan.

Jika anda merupakan pengguna yang baru sahaja berjinak-jinak menggunakan produk dari Shaklee, ini adalah masa yang tepat untuk mendaftar sebagai ahli. Cari pengedar Shaklee yang dipercayai ataupun trusted seller . Ini kerana selepas pembelian produk anda perlu mendapatkan konsulta…

Cara Untuk Mulakan Bisnes Online

Image
Assalamualaikum, dalam post ini saya akan bercerita mengenai cara untuk mulakan bisnes online dengan mudah, tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Sebaiknya sebelum memulakan perniagaan sama ada secara online atau offline sekalipun, sangat bagus jika kita lengkapkan pengetahuan asas mengenai bisnes. Jika kita dapat memahami asasnya, maka mudahlah untuk kita menaikkan bisnes online kita supaya dikenali ramai.



Jika kita lihat fenomena industri perniagaan masa kini, kebanyakannya usahawan memilih menjalankan bisnes online. Berbeza jika dibandingkan pada masa sebelum ini. Perkataan perniagaan itu datang bersama kedai fizikal ataupun yang nampak dimata kasar. Berniaga, hatta menggunakan lori kecil adalah relevan, tapi itu adalah situasi sebelum ini. Masa kini, ada usahawan yang boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan, hanya dengan menggunakan kemudahan teknologi untuk menjalankan perniagaan atas talian.

Mengapa memilih menjalankan bisnes online?

Pertama, mereka dapat menjimatkan wang…

Cara Menurunkan Berat Badan Selepas Bersalin

Image
Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi cara menurunkan berat badan selepas bersalin. Kenapa kita perlu tahu cara menurunkan berat badan yang betul dan sihat? Ini untuk mengelakkan badan dari mengalami "kejutan". Semasa mengandung, ramai wanita yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak, jadi secara logiknya proses menurunkan berat badan selepas bersalin mungkin mengambil sedikit masa. Perlu diingatkan memang terdapat banyak cara menurunkan berat badan, tetapi anda perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan badan dan diri anda.



"Apa yang senang naik, tapi susah nak turun"
"Jawapannya berat badan"

Pernah dengar tak teka-teki seperti di atas? Rupanya memang terbukti bukan senang nak turunkan berat badan. Rata-rata wanita yang bergelar ibu melahirkan kerisauan yang sama. Berat naik, badan mengembang, paha bergesel, dan macam-macam lagi. Samada disebabkan teguran dari orang sekeliling ataupun risau melihat jarum bacaan pada penimbang, kadang-ka…

Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Image
Assalamualaikum, kalau sebut pasal kerja sambilan di rumah, dalam kepala automatik kaitkan dengan kaum wanita, betul kan? Boleh dikatakan konsep surirumah zaman dahulu dan zaman sekarang sangat berbeza kerana ramai surirumah yang memilih untuk membuat kerja sambilan di rumah.

Saya akan bercerita serba sedikit mengenai kerja sambilan di rumah dan perkara yang perlu anda tahu. Penceritaan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri.


Kerja sambilan di rumah dan tanggapan orang Lazimnya apabila kita sebut kerja sambilan di rumah, ia membawa maksud pekerjaan lain yang dilakukan selain kerja tetap. Boleh cuba lihat apa yang dilakukan oleh blogger ini  mengenai kerja sambilan di rumah, hasilkan RM 1000 - RM 2000. Anda mungkin mempunyai pekerjaan tetap pada siang hari mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan pada malamnya melakukan kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan.



Tetapi dengan perkembangan pantas dunia teknologi di hujung jari sekarang, kerja sa…

Petua Hilangkan Jerawat

Image
Assalamualaikum, selamat sejahtera. Hari ni nak share sikit berkenaan jerawat. Kira sambungan daripada entry lepas jugakla. Penting taw petua hilangkan jerawat ni terutamanya untuk yang ada masalah kulit senang dihinggapi oleh Miss J ini. Petua hilangkan jerawat ni mungkin kesannya berbeza pada setiap individu, jadi bolehlah try and error dan tengok mana yang sesuai dengan kulit kite sendiri.


Antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya. Amalkan 3 kali seminggu, sapukan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat dan biarkan sehingga kering. Ade yang tak suke bau lidah buaya dan teksturnya yang melekit-lekit tapi khasiatnya memang banyak. Kalau tak takkan lah orang Korea buat produk 99% pakai lidah buaya ni kan. Bukan untuk luka-luka je, untuk masalah jerawat pun insyaAllah berkesan.


Kedua, gunakan baking soda. Haa ye baking soda yang guna buat kek gebu-gebu tuuu. Ambik sikit, campur air sampai jadi macam pes, tampal pada bahagian berjerawat.


Ketiga, putih telur. Haa elok sangat tadi …

Jenis Jerawat Dan Tips Hilangkan Jerawat

Image
Assalamualaikum,selamat sejahtera semua. Disebabkan selalu jugaklah dapat pertanyaan vitamin apa sesuai untuk masalah jerawat semua kan. Jerawat ni banyak jenis taw,nak cerita jugaklah sikit pasal jenis jerawat dan tips nak hilangkan jerawat. Dulu masa umur belas-belas kite pernah and selaluu sangat naik jerawat kat muka ade satu masa tu punya banyak especially kat dahi,huih, rase berparut jugaklah walaupun mild aje parutnya. Fobia rase. Korang pun mesti pernah rasa kan? Rase insecure,segan,rendah diri, nak-nak time keluar jerawat tu pulak la ade presentation semua,rase nak pakai topeng aje.Orang kate tengah galak gatal sangat kikiki. Sebenarnya jerawat ni bukan tumbuh kat muka je, tempat yang ada potensi nak naik macam bahu,belakang badan, dada. Aish kadang pelik dan lawak kan, bile dengar orang kate jerawat kat belakang badan hihi.

Sebenarnya jerawat ni terbahagi pada dua jenis iaitu jenis yang mengakibatkan keradangan dan tidak mengakibatkan keradangan.
NON-INFLAMATORY (TIDAK MENGA…

7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

Image
Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Entry hari ini bersambung dengan entry-entry sebelumnya, berkenaan dengan Kencing Manis atau Diabetes. Diringkaskan balik, diabetes berpunca daripada masalah berkaitan Hormon Insulin, samada jumlah Insulin dihasilkan oleh badan adalah mencukupi ataupun hormon yang dihasilkan sudah cukup banyak tapi disebabkan kegagalan badan menggunakannya dengan sebaiknya menyebabkan berlakunya masalah gula berlebihan dalam darah ataupun Diabetes.  Boleh cuba baca dengan lebih lanjut berkenaan Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal.

Terdapat banyak jenis ubat yang akan diberikan oleh doktor bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang. Ubat ataupun rawatan yang kerap kita dengar diambil oleh pesakit Diabetes, Contohnya, pesakit yang menghidap Diabetes Jenis 1 ataupun Type 1 Diabetes disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi,jadi solusinya adalah pengambilan insulin secara manual melalui suntikan setiap hari dan kekerapan bergantung kepad…

Vivix Shaklee Pati Antioksidan Terbaik

Image
Assalamualaikum, selamat sejahtera  semua. Harini kite nak cerita sikit pasal produk ekslusif yang Shaklee keluarkan dan patenkan sebagai hakmilik Shaklee. Nampak tak sangattt ekslusif dan tinggi kualitinya, sampai Shaklee patenkan sebagai produk premium yang mana takde sape boleh tiru okeyy.

Pati pekatan antioksidan tanpa air LANGSUNG. Sebab tu la bila kita letak Vivix dekat peti sejuk beku, Vivix tak akan jadi beku.


Muscadine Grape

Sejenis anggur yang bersaiz extra besar jika dibandingkan dengan semua jenis anggur didunia. Mempunyai kromosom extra berbanding anggur biasa dan menyebabkan anggur ini lebih resistant terhadap faktor luaran yang mungkin menyebabkannya senang rosak.Penduduk tempatan memanggil Muscadine Grape sebagai  "Natural Pearl" atau "Botanical Pearl" kerana kandungan unik dan khasiat yang terkandung didalamnya.Boleh membantu mempercepatkan proses pembaikpulihan sel yang  rosak.Baik untuk kesihatan jantung. Menjaga salur darah daripada mengalami infl…

Petua Kencing Manis

Image
Assalamualaikum, selamat sejahtera. Harini kite nak sambung tentang diabetes. Sebelum ni ada post berkenaan Diabetes dan Tanda-tanda awal. Boleh refer post tu kat SINI. Selain menggunakan kaedah perubatan moden, tak salah kalau kita cuba cara alternatif betul tak? Tapi perlu diingatkan kesan pada setiap orang adalah berlainan, jadi jangan putus asa, mungkin cara A tak berkesan untuk awak, tapi cara B mungkin boleh membantu kurangkan masalah yang dialami berkaitan penyakit kencing manis tu.  Antara petua kencing manis yang popular adalah
BENDI: Sejenis tumbuhan yang kalau kite makan die ade lendir-lendir tu. Sebenarnya lendir ni yang bagus untuk kesihatan. Bendi mempunyai serat yang boleh membantu melambatkan proses pencernaan makanan. Sebab tu bila makan, kandungan gula tak naik secara mendadak, paras gula dlam darah lebih stabil. Bendi juga mempunyai kandungan kalori yang rendah dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetesKULIT KAYU MANIS : Sama jugak macam Bendi, Kulit kayu manis dikata…

Tips Travel Ke Korea Part 1 : Pulau Nami

Image
Assalamualaikum, harini baru datang angin rajin nak menggodek belog setelah sekian lama. Sebabnya kene warning dengan encik suami suruh kemas sikit fon tuu, suke duk mengadu fon slowla ape sekali tengok gambar beribu riban, dokumen yang entah bile download pun bersepah, memang seloww aje laa fon kite tu hihi. Yeee memang laa banyak gambar-gambar katanya meniaga online. Haa sapa taktaw kite jual Shaklee tu memang nak kene babap. So from time to time kene update dalam belog, in case tetibe kejadian memory card rosak habis hilang kenangan dedulu hihi. Harap korang sudilah membaca hihi. Since last sekali trip annually ke Korea, jadi kite update sikit laa pasal trip ke Korea kan, Do's and Don't gituuu, especially untuk yang travel dengan toddlers macam kami. Eceh annual trip konon, walhal kebetulan jeeee, lepas kawin, memang Bulan 10 tu jadi bulan holiday. Yang trip lain tu dah boleh dah nak start recall balik sebab nak menulis entry kan hihi. Sebenarnya Trip to Pulau Nami ni dah …

Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal

Image
Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat semua yang sudi membaca blog kite ni.  Semalam dah kongsi resepi Peria Katak. Kalau ikut petua orang zaman dulu-dulu Peria Katak sangat bagus untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis ataupun Diabetis. Zaman sekarang, kalau kita amati, penyakit kronik contohnya kencing manis, sakit jantung, dan sebagainya sebenarnya dah jadi benda biasa dalam masyarakat. Macam-macam lagila penyakit lain yang orang zaman dulu jarang dapat, harini boleh kata  kalau tanya 10 orang makcik pakcik, 3 atau 4 orang mungkin ada yang dapat penyakit ni. Tak payah cerita pasal yang tua-tua, yang muda-muda, kanak-kanak pun ada yang dah dapat penyakit ni. Realiti kehidupan dan taraf kesihatan masyarakat Malaysia sekarang, scary ke scary? Cara nak kenalpasti tanda-tanda diabetes macam mana? Macam mana nak elakkan? Apa puncanya? Apa akibatnya? Nak ulas lebih-lebih tak pandai kan, jadi mengikut pembacaan dan pemahaman yang cetek ni bolehla kite come out dengan maklumat …

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Image
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Harini nak perkenalkan sejenis sayur eh ke ulam ke hehe. sayur la kan. Tapi namanya ada nama haiwan jeng jeng jengggg. Apedia? Peria Katak nama dia. Haa kau nama dia, sekali dengar telan air liurrrr, tekak kembang semangkuk hihi. ehh tapi jangan main-main taw, khasiat dia sangat banyak. Jadi pergi paso, carila peria katak ni atau bahasa pasar "Bittergourd". Gituu bahasa paso hehe. Jom tengok resepi dia ni. Yang paling common, mesti jumpa punya kat kedai mamak kee kedai nasik kandar ke, goreng berempah rangup-rangup gitu.Ni tengok dulu asal kejadiannya buah ni, patutla dia dapat nama camtu kan ye tak? Sebab kulit die hihi






Resepi Pertama : Peria Katak Goreng Fast and Furious
1) Belah dua atau potong la ikut suka uols, bujur sireh ke bulatan gembira kee janji bukan cincang lumat hihi
2) Pecahkan sebijik telur
3) Cari tepung serbaguna dalam gebor (almari) mak
4) Celup manja dalam telur, gaul dengan tepung
5) Siap untuk digoreng, goreng sampai…

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia

Image
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Hari ni, kite nak cerita serba sedikit pasal supplemen. Yela kan ke jual supplemen, tak ramai mesti ade yang datang tanya, kenapa nak ambik supplemen? Tak bahaya ke? Camana nak tahu supplemen tu selamat untuk diambil? Ada kesan jangka masa panjang atau tak? Dannn macam-macam lagi lah. Harini jom kite pecahkan pandangan skeptikal uols ni semua ok? Hihi
Pertama sekali. Perlu ke ambil supplemen? Kenapa? Supplemen adalah makanan tambahan. Makanan tambahan adalah perlu bila kita rasa, apa yang kita ambil dalam diet seharian tak mencukupi untuk penuhi keperluan badan. Ade yang cakap, "eh, saya makan sayur, saya makan protein, saya sihat, tak pernah masuk hospital". Adakah itu jaminan bahawa nutrisi yang diperlukan oleh badan cukup? Jawapannya tidak. Contohnya, kalau kita kekurangan kalsium, tanda-tanda awal tak ketara sampai kita tak dapat kesan pun,sampailah tiba-tiba bila checkup,kita ade risiko osteoporosis. Kan? Faham dok? 
Keduanya, kita k…