Cara Menurunkan Berat Badan Selepas Bersalin

Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi cara menurunkan berat badan selepas bersalin. Kenapa kita perlu tahu cara menurunkan berat badan yang betul dan sihat? Ini untuk mengelakkan badan dari mengalami "kejutan". Semasa mengandung, ramai wanita yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak, jadi secara logiknya proses menurunkan berat badan selepas bersalin mungkin mengambil sedikit masa. Perlu diingatkan memang terdapat banyak cara menurunkan berat badan, tetapi anda perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan badan dan diri anda.

sumber : Google


"Apa yang senang naik, tapi susah nak turun"
"Jawapannya berat badan"

Pernah dengar tak teka-teki seperti di atas? Rupanya memang terbukti bukan senang nak turunkan berat badan. Rata-rata wanita yang bergelar ibu melahirkan kerisauan yang sama. Berat naik, badan mengembang, paha bergesel, dan macam-macam lagi. Samada disebabkan teguran dari orang sekeliling ataupun risau melihat jarum bacaan pada penimbang, kadang-kadang sampai termimpi-mimpi!

Sebenarnya jika anda menggunakan cara yang betul, insyaAllah proses menurunkan berat badan tidaklah serumit yang disangka, cuma apa yang penting adalah hati kena kental. Kenapa kena kental? Corak pemakanan orang zaman sekarang, terutamanya di Malaysia, samada makanan berminyak, tinggi gula atau pun tinggi garam adalah sangat menggiurkan.

Nasi lemak, kari ayam, teh tarik kawwwwww, ayam goreng, belum lagi termasuk pilihan makanan pemanis mulut. Tambahan pulak, ramai yang menyediakan perkhidmatan penghantaran sehingga ke depan pintu rumah!
Nahhhh lihat sendiri pilihan yang ada, sekarang anda tepuk dada, tanya diri, anda boleh keee boleh??

sumber : Google
Ok jadi mari kita lihat antara cara terbaik unuk lose weight yang anda boleh lakukan selepas bersalin.

KERAPKAN MENYUSUKAN BAYI ANDA

Proses penyusuan bayi memang diketahui umum sebagai salah satu cara paling mudah untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia merupakan proses pembakaran kalori. Penyusuan susu ibu dikatakan dapat membakar 600 kalori setiap hari. Tak perlu fikir cara menurunkan berat badan yang lebih susah kan?

 Walaubagaimanapun, bergantung kepada keadaan tubuh badan masing-masing, mungkin ada ibu yang merasakan penurunan berat yang signifikan atau mungkin sebaliknya. Jangan risau kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi penurunan atau peningkatan berat badan manusia. Antaranya adalah faktor hormon.


KURANGKAN MAKANAN BERGORENG, BERGULA DAN MEMPUNYAI KANDUNGAN LEMAK YANG TINGGI

Contoh yang paling senang adalah makanan segera. Jauhi semua jenis kaunter pandu-lalu hehe. Bukan sahaja tinggi kandungan gula, lazimnya makanan segera ini mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi!


BANYAKKAN MENGAMBIL MAKANAN BERSERAT

Makanan berserat dapat membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan sekaligus dapat membantu melancarkan proses pembuangan.


KAWAL SAIZ HIDANGAN

Selalunya selepas bersalin, badan akan mengambil masa untuk mengembalikan semula hormon ke keadaan asal, oleh itu amat penting untuk mengawal jumlah dan saiz hidangan yang diambil untuk membantu atau mengelakkan kenaikan berat badan yang lebih mendadak.

Lazimnya ibu-ibu mengatakan selera makan mereka bertambah dan disebabkan selalu menyusukan anak, mereka kerap makan secara berlebihan. Di sinilah pentingnya mempunyai keinginan dan kesedaran yang kuat. Walaupun anda mencuba berbagai cara menurunkan berat badan, mungkin anda akan mengalami kesukaran jika tidak mengawal cara pemakanan anda. Ambil makanan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang berpatutan.


AWASI MASA MAKAN ANDA

Pastikan anda tidak skip waktu makan utama seperti sarapan, maka tengahari dan makan malam. Jika kita cuba untuk turunkan berat badan dengan mengurangkan kekerapan makan, ia mungkin menjadikan kita lebih lapar dan makan melebihi kuantiti yang sepatutnya ataupun dipanggil binge eating. 

Baca mengenai binge eating di sini
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Binge_eating

LAKUKAN SENAMAN RINGKAS SECARA KONSISTEN

Memadai melakukan aktiviti ringkas secara kerap dan berterusan, walaupun sekadar berkebun selama setengah jam. Anda juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak sebagai salah satu cara untuk membakar kalori!


Banyak info yang boleh didapati untuk membantu memberikan panduan untuk anda menurunkan berat badan secara sihat dan mengelakkan kesan yoyo (yo-yo effect).

Apakah kesan yoyo (yo-yo effect)?
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Yo-yo_effect

Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini, anda boleh baca di :

https://www.babycenter.com.my/a1042762/diet-untuk-mengurangkan-berat-badan-secara-sihat-selepas-bersalin



Saya ada menyertai Cabaran SEO WCB yang dianjurkan oleh Blog Pakar Seo Tempatan dimana saya dicabar oleh blogger hebat Tuan Afnan dan untuk teruskan cabaran SEO WCB ini, saya perlu siapkan sebuah artikel bertajuk Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Anda Perlu Tahu dalam cubaan saya untuk menaikkan keyword utama iaitu "kerja sambilan di rumah".
Selain itu, namanya pun cabaran, jadi saya nak cabar rakan blogger saya, blog Fatin Eisa untuk teruskan cabaran ini.

Cabaran SEO WCB yang dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang cara yang betul untuk berblogging dan memastikan post yang dibuat menjadi antara top-rank posting. 

Alhamdulillah banyak tips dan cara yang diajar kepada peserta untuk lebih memahami fungsi dan aturan yang betul dalam menjadikan blog kita mempunyai isi dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sebelum ni saya kurang pasti cara yang betul untuk menghasilkan content yang berkualiti dan memastikan isi yang ingin disampaikan dapat difahami dan tidak banyak tahu berkenaan hal-hal teknikal untuk menaikkan blog saya. Saya berharap semoga saya mampu menyerap sebanyak mungkin input berguna untuk menambahkan lagi pengetahuan saya berkenaan dunia blogging.

Di samping itu hadiah yang ditawarkan oleh Pihak Penganjur Cabaran SEO WCB adalah lumayan iaitu sehingga RM 13,000! Apa salahnya mencuba nasib sambil menambahkan pengetahuan kan?


Sekian perkongsian saya berkenaan cara menurunkan berat badan selepas bersalin. Diharap perkongsian ini mampu memberikan info tambahan kepada anda semua.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Kota Warisan

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia