Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum, kalau sebut pasal kerja sambilan di rumah, dalam kepala automatik kaitkan dengan kaum wanita, betul kan? Boleh dikatakan konsep surirumah zaman dahulu dan zaman sekarang sangat berbeza kerana ramai surirumah yang memilih untuk membuat kerja sambilan di rumah.
sumber : Google

Saya akan bercerita serba sedikit mengenai kerja sambilan di rumah dan perkara yang perlu anda tahu. Penceritaan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri.


Kerja sambilan di rumah dan tanggapan orang

Lazimnya apabila kita sebut kerja sambilan di rumah, ia membawa maksud pekerjaan lain yang dilakukan selain kerja tetap. Boleh cuba lihat apa yang dilakukan oleh blogger ini  mengenai kerja sambilan di rumah, hasilkan RM 1000 - RM 2000. Anda mungkin mempunyai pekerjaan tetap pada siang hari mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan pada malamnya melakukan kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan.



Tetapi dengan perkembangan pantas dunia teknologi di hujung jari sekarang, kerja sambilan di  rumah bukan sahaja dapat menjadi sumber pendapatan sampingan, malah ada yang menjadikannya sebagai punca pendapatan utama.

Jangan terkejut jika kebanyakan mereka terdiri daripada golongan wanita samada yang bekerja mahu pun yang bergelar surirumah. Selain mengisi masa lapang dirumah, surirumah masa kini mempunyai kesedaran untuk cuba menambah pendapatan keluarga, sama ada untuk membantu suami, ataupun hanya untuk suka-suka. Jadi saya nak ulas sikit fenomena terkini ini dari sudut pandangan saya.
Jadi, kerja sambilan apa yang boleh saya buat? Itu soalan pertama yang bermain dalam kepala betul tak? Sebelum mula anda perlu tahu beberapa perkara.


1. KENALI PRODUK YANG INGIN DIJUAL SECARA MENDALAM

sumber : Google


Samada anda adalah dropshipper, ejan atau pun pengasas kepada jenama anda sendiri, amatlah penting untuk anda mengenali dan memahami produk yang ingin anda pasarkan. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.  Kebanyakan mereka yang melakukan kerja sambilan di rumah hanya menggunakan medium atas talian sebagai cara mempromosikan barangan yang dijual. Contoh platform yang banyak digunakan adalah Facebook, Instagram dan tidak ketinggalan juga melalui blog.

Dropship : Anda hanya perlu melakukan kerja-kerja promosi, mengambil pesanan, menerima bayaran, dan proses pengeposan atau penghantaran akan dihantar oleh pihak stokis atau ejen. Anda tidak perlu mengeluarkan modal walaupun satu sen. Lazimnya pihak stokis akan menetapkan harga yang tetap bagi semua dropshipper, dan terpulang kepada mereka untuk meletakkan harga akhir pada produk tersebut. Dari sinilah mereka mendapat keuntungan.

Ejen/Stokis : Anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk mengadakan simpanan stok. Seterusnya terpulang jika anda ingin melakukan proses pemasaran sendiri atau anda boleh mencari dropshipper untuk melakukannya bagi pihak anda. Jangan menyesal di kemudian hari jika tersalah memilih!

Jika anda berminat untuk mengetahui cara dan perkara asas untuk menjadikan blog anda sebagai sumber pendapatan sampingan, anda boleh rujuk kepada Blog Pakar Seo Tempatan. Beliau ada menganjurkan Cabaran SEO WCB bagi mereka yang berminat untuk menjadikan blog anda dikenali, hadiah yang ditawarkan adalah lumayan!


2. JADIKAN MINAT SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN

Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi love what you do, and you will never have to work for the rest of your life. Sebagai contoh, pengalaman dari orang terdekat dengan saya, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan. Daripada seorang surirumah, beliau menghabiskan masa untuk belajar dan mendalami ilmu dalam bidang masakan pastri dan sebagainya. Daripada menghasilkan kek yang ringkas dan dijual kepada jiran-jiran, beliau sekarang mampu membuka perniagaan bakeri dan kek sendiri. Hebat kan? Jika kita mempunyai minat yang mendalam pada sesuatu benda, kita pasti akan rasa seronok dan tidak terbeban untuk melakukan yang terbaik.


3. JANGAN BERHENTI DI TENGAH JALAN

Bila anda mula menceburkan diri dalam kerja sambilan ini, anda perlu kenalpasti sebab utama kenapa anda putuskan untuk melakukannya. Jadikan ini sebagai penggerak ataupun motivasi anda untuk terus berusaha. Jika ada kesusahan yang dihadapi jangan cepat mengalah dan terus mencuba sehingga berjaya. Jangan hangat-hangat taik ayam kata orang tua!



Jadi, apakah kerja sambilan di rumah yang boleh anda cuba?

Seperti yang saya sebutkan di atas, anda boleh bermula sebagai dropshipper atau ejen untuk sesuatu produk kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar dan pulangan ditentukan berdasarkan usaha keras anda sendiri.

Jika anda ada kemahiran asas seperti menjahit, memasak dan lain-lain, mungkin anda boleh cuba memasarkan produk dan kepakaran anda kepada jira-jiran tetangga, mana tahu produk anda berpotensi untuk dikomersialkan? Lihat saja contoh surirumah yang berjaya meraih pendapatan sehingga RM 10, 000 sebulan dengan memasarkan pes-pes masakan homemade. Bermula dari permintaan dari jiran-jiran, pengasas produk ini melangkah lebih jauh dan mampu ke peringkat antarabangsa. KISAH KEJAYAAN PENGUSAHA PES MEE BANDUNG :




Jika anda ada kepakaran dalam bidang IT atau teknologi, mungkin anda boleh mengambil kerja-kerja yang berkaitan seperti menyediakan khidmat membina website, atau membaikpulih perkakas elektronik dan juga perkhidmatan merekabentuk bahan-bahan marketing seperti business card, banner, flyers dan lain-lain lagi. Semua kerja-kerja ini boleh dilakukan dirumah dan tentulah harga yang dikenakan lebih berpatutan. 


sumber : Google

Selain itu, jika anda mempunyai kepakaran dalam bahasa asing, mungkin kerja sambilan sebagai penterjemah adalah sesuai untuk anda. Bayaran yang dikenakan boleh dikatakan lumayan!



Akhir sekali, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan seperti Tutor, atau Kelas Tambahan dirumah. Terdapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan khidmat private-tutor bagi anak-anak yang masih dibangku persekolahan. 

sumber : Google

Banyak saluran yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerja sambilan antaranya 


atau



Sekian perkongsian dari saya, moga membawa manfaat kepada anda. Semoga berjumpa lagi di posting akan datang.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Kota Warisan

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia