Senarai Pelepasan Cukai 2017

Assalamualaikum, harini saya nak kongsi sikit berkenaan senarai pelepasan cukai 2017. Ramai yang tak tahu ataupun mungkin tak didedahkan tentang cara nak kurangkan cukai tahunan yang nak dibayar. Atau lebih bagus, anda mungkin dapat rebate semula wang anda! Nak akhir tahun ni baru nak google search semua kan? Takpeee better late than never,elok kalau, anda mula ambil tahu takdelah bila sampai masa terkial-kial kannn. Jom kita tengok senarai pelepasan cukai yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini.


Antara caranya adalah dengan cara menyimpan resit atau bukti pembelian setiap kali urusniaga berkenaan dijalankan.

1) Gaya Hidup. Pembelian seperti buku, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan dan langganan internet pun boleh tolak tax, terhad sehingga RM 2500 je. Jadi next time beli buku untuk anak-anak,diri sendiri, atau sesiapa sahaja, simpan resit tu untuk kegunaan ni.

2) Belanja Kesihatan. Belanja untuk kos perubatan pun boleh tolak tax maksimum rm6000. Tapi cuma penyakit yang sukar diubati. Dann, kalau korang buat full medical checkup untuk diri sendiri, suami, isteri dan anak-anak sekali, pun boleh mohon untuk pelepasan cukai.

3) Setiap orang bayar perkeso/Socso setiap bulan kan? Ni pun korang boleh claim terhad RM 250 sahaja

4) Jika anda ada bukak akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional untuk anak-anak pun boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM 6000. Begitu juga untuk anak yang hantar pra-sekolah,anda layak mendapatkan tax relief sehingga RM 1000.

5) Insurans Nyawa dan KWSP.

6) Insurans Pendidikan dan Perubatan terhad RM 3000

7) Skim Persaraan Swasta (PRS) . Lebih kurang KWSP jugak, korang letak MINIMUM RM 1000. Claim maksimum RM 3000 Kerajaan akan bayar balik

8) Peralatan menyusu.Untuk ibu-ibu sahaja. Mak yang bayo cukai sahaja ye.

9) Yuran Pendidikan diri sendiri. RM 7000

10) Zakat. Tolak 100% takde had.


Ni secara ringkas je, korang boleh rujuk maklumat lebih lanjut di web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Refer info penuh di laman web LHDN. 

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1&bt_lgv=2


Sekian saja perkongsian info untuk rujukan diri sendiri dan anda semua. Moga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Kota Warisan

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia