5 Kelebihan Perniagaan Dalam Talian

Assalamualaikum, dalam posting hari ini saya akan menyentuh berkenaan kelebihan perniagaan dalam talian. Mengapa ramai usahawan baru memilih untuk membangunkan perniagaan atas talian, dan mengapa usahawan yang telah berjaya juga memilih untuk mula mempraktikkan penggunaan pemasaran atas talian? Jom kita tengok 5 kelebihan perniagaan dalam talian ini.

sumber : Huffingtonpost.com

Perniagaan dalam talian atau online business bermaksud perniagaan yang dijalankan di internet yang menjadi medium perantaraan antara pengguna dan penjual.

PASARAN YANG LUAS DAN TIDAK TERBATAS
Perniagaan yang dijalankan atas talian adalah tidak terbatas, tidak mengira kaum, budaya, bangsa atau jarak sekalipun. Capaian internet mampu menghubungkan seluruh dunia, tidak terhad kepada sesetengah kawasan sahaja. Jadi disinilah wujud potensi pasaran yang sangat besar.


TIADA HAD MASA
Internet adalah sesuatu yang sentiasa "hidup", 24 jam, siang dan malam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Berbeza dengan perniagaan offline atau cara biasa yang mempunyai waktu operasi yang tertentu.


sumber : curtilifts.co.uk
MODAL YANG RENDAH
Lazimnya, pada peringkat permulaan setiap perniagaan, sumber kewangan adalah terhad, jadi perniagaan melalui atas talian adalah salah satu cara mengawal perbelanjaan asas. Anda hanya memerlukan sebuah telefon pintar atau sebuah komputer mudah alih untuk mula berbisnes. Terdapat banyak platform pemasaran bisnes online yang percuma yang boleh digunakan.  Setelah yakin bahawa anda sudah berada pada peringkat yang stabil, barulah anda boleh menimbangkan untuk mengembangkan lagi perniagaan kepada jenis fizikal.


KURANG RISIKO
 Antara faktor utama kenapa usahawan baru memilih menjalankan perniagaan online adalah kerana kadar risiko yang rendah.

Antara kos yang dapat dielakkan adalah kos sewa kedai, kos pengubahsuaian, kos mengupah pekerja dan kos utiliti. Sebaliknya, modal yang ada boleh disalurkan kepada aktiviti pemasaran yang diperlukan.


Baca info menarik berkaitan perniagaan atas talian disini :


Perniagaan atas talian buka peluang ceburi bidang keusahawanan
http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/news/1692-perniagaan-atas-talian-buka-peluang-ceburi-keusahawanan


Saranan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kepada usahawan desa
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/usahawan-desa-perlu-ceburi-perniagaan-atas-talian-ismail-sabri-158563

Usahawan disaran ledak perniagaan atas talian
https://www.bharian.com.my/node/256235


Jadi terbukti bahawa pembaharuan dalam dunia perniagaan seperti ini akan melonjakkan lagi perkembangan dan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.

Boleh rujuk posting saya yang terdahulu untuk info lebih lanjut

Kerja Sambilan Dari Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Kerja Dari Rumah Dan Kelebihannya

Maka, amatlah disarankan supaya usahawan baru mahupun lama menggunakan kaedah perniagaan dalam talian untuk memastikan mereka seiring dengan arus perkembangan dunia semasa dan mampu mewujudkan persaingan sihat dalam industri perniagaan semasa.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Kota Warisan

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia