Kerja Dari Rumah Dan Kelebihannya

Assalamualaikum, posting saya hari ini berkenaan kerja dari rumah dan kelebihannya. Saya akan bercerita mengenai isu ini mengikut perspektif saya yang juga seorang surirumah. Apakah kelebihan kerja dari rumah berbanding pekerjaan lain?

sumber : Google

Pandangan tipikal masyarakat menganggap seorang surirumah hanya duduk dan menguruskan hal-hal rumahtangga berkaitan anak-anak dan selebihnya mempunyai banyak masa senggang adalah sudah tidak relevan pada masa sekarang. Perkembangan teknologi yang pesat memungkinkan seorang surirumah juga mempunyai "pendapatan" dengan menjalankan perniagaan dalam talian, hanya dari rumah.

Ramai yang tidak sedar dan masih memandang enteng walaupun gelaran "working-at-home-mom" memang wujud! Pasti juga ramai yang tidak sedar bahawa kelebihan yang mereka peroleh dengan memilih bekerja dari rumah.


BEBAS TENTUKAN JADUAL KERJA SENDIRI
Jika anda seorang pekerja kepada majikan, pastinya anda mempunyai kekangan dan tekanan daripada pihak atasan untuk menjalankan kerja dan mematuhi tarikh akhir atau deadline. Namun begitu, bagi mereka yang memilih bekerja sendiri dari rumah, anda mempunyai kebebasan menentukan jadual kerja anda sendiri. Andalah pekerja dan anda juga adalah bos kepada diri sendiri.

Perlu diingatkan pada peringkat awal, mungkin anda akan merasa sedikit sukar untuk menguruskan masa sendiri, terutamanya jika anda adalah seorang surirumah dan mempunyai anak-anak yang masih kecil untuk dijaga. Nah inilah masa yang sesuai untuk gunakan pepatah melayu

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya!


PUNYAI LEBIH MASA UNTUK KELUARGA
Tidak dinafikan bahawa masa untuk keluarga adalah terhad jika anda bekerja dari pukul 8 hingga 5 setiap hari, 5 hari setiap minggu. Masa terluang untuk keluarga hanyalah pada hujung minggu. Jika kerja anda memerlukan anda bekerja diluar kawasan atau bekerja lebih masa, maka makin kuranglah masa berkualiti anda bersama keluarga. Ini lah salah satu sebab mengapa ramai yang sanggup berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Memang bukan mudah, tapi ramai yang merasakan bahawa semua itu tidak setanding dengan nilai masa yang anda akan luangkan bersama anak-anak dan bersama-sama dalam fasa mereka membesar.


BELAJAR UNTUK LEBIH BERDIKARI DAN BERTANGGUNGJAWAB
Menjadi seorang pekerja dan seorang majikan dalam masa yang sama bukanlah mudah. Anda perlu menjadi lebih berdisiplin dan sekaligus menjadi lebih berdikari dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika dulu sebagai pekerja biasa, anda boleh mendapatkan bantuan dari rakan sekerja jika terdapat sebarang masalah, sekarang tidak lagi.


DAPAT MENGURANGKAN PERBELANJAAN UNTUK MEMBAYAR CUKAI TAHUNAN
Cukai tahunan adalah cukai yang perlu dibayar oleh semua pekerja yang bergaji tertentu setiap bulan dan tahun. Jika anda bekerja sendiri, anda dapat mengurangkan perbelanjaan untuk bayaran cukai anda dengan menggunakan cara yang tertentu. Boleh rujuk disini untuk Senarai Pelepasan Cukai. Senarai ini adalah untuk pekerja yang bekerja dan membayar cukai pada masa yang sama. Jika anda bekerja dari rumah, sedikit sebanyak perbelanjaan di atas mengurangkan jumlah bayaran cukai yang perlu anda bayar.


BEBAS MENGGUNAKAN KREATIVITI SENDIRI
Anda tidak perlu lagi terbeban untuk meluahkan dan melakukan perkara-perkara tertentu mengikut cara anda. Anda adalah pemilik bagi perniagaan anda. Tidak perlu lagi kertas kerja yang bertimbun untuk mendapatkan kelulusan pihak atasan. You decide how you want to do what you gotta do.


MEMPEROLEH KEPUASAN
Jika anda dapat melakukan sesuatu pekerjaan yang anda sukai dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan, semua penat lelah anda pasti berbaloi. Anda pasti dapat merasai kepuasan jika dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

sumber : Google


Anda boleh cuba dapatkan peluang kerja dari rumah melalui banyak cara antaranya:

JobStreet
https://www.jobstreet.com.my/en/job-search/work-from-home-jobs/

Baca artikel berkaitan kerja dari rumah di

https://www.monster.com/career-advice/article/the-benefits-of-working-from-home


Di posting sebelumnya saya ada berkongsi tentang

Cara Untuk Mulakan Bisnes Online

Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu.

Diharap perkongsian saya kali ini dapat memberikan info yang berguna kepada anda yang masih ragu-ragu mengenai kerja dari rumah dan kelebihannya.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Kota Warisan

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia